
KEM SANGGAR ALAM TAHAP GURU 2024
Ilmu Sanggar Alam adalah salah satu cabang ilmu kebatinan dalam tradisi Islam, terutama dalam masyarakat Melayu. Fokus ilmu ni adalah pada kekuatan batin, keyakinan diri, dan hubungan dengan Allah.
Ilmu ni menekankan pada pemurnian hati, dengan keyakinan penuh pada kekuasaan Allah. Pengamal akan selalu diingatkan supaya tak sesekali angkuh atau gunakan ilmu ni untuk tujuan tak baik, sebab semua kuasa datang dari Allah. Pengamal ilmu ini percaya bahawa mereka boleh mendapat pertolongan daripada Allah dalam menghadapi sebarang cabaran, musuh, atau bahaya, sama ada berbentuk fizikal atau spiritual.
Kelebihan ilmu Sanggar Alam ni biasanya dikaitkan dengan beberapa perkara utama, antaranya, dengan izin-Nya:
- Perlindungan diri – Pengamal boleh menggunakan ilmu ni untuk melindungi diri dari gangguan fizikal atau spiritual, termasuk sihir, hasad dengki, atau bahaya yang tak nampak.
- Ketenangan batin – Sebab ilmu ni banyak melibatkan zikir dan fokus pada hubungan dengan Allah, pengamal akan rasa lebih tenang, fokus, dan dekat dengan spiritual. Ia bantu tingkatkan keyakinan diri juga.
- Penyembuhan – Ada yang percaya ilmu ni boleh bantu dalam proses penyembuhan penyakit, sama ada penyakit fizikal atau penyakit yang berkaitan dengan gangguan batin.
- Kekuatan dalaman – Ilmu ni menekankan kekuatan tenaga batin, jadi pengamal boleh rasa lebih kuat secara mental dan rohani. Mereka boleh tahan dengan tekanan hidup yang lebih berat, sebab mereka ada teknik untuk kawal diri.
- Pengawalan emosi – Dengan amalan yang konsisten, ilmu ni bantu dalam menjaga keseimbangan emosi, jadi pengamal lebih sabar, tak mudah marah atau terganggu dengan hal-hal kecil.
Inshaa Allah, Ustaz akan perturunkan ilmu Sanggar Alam Tahap Guru, yang melibatkan pengisian sebagai guru, kaedah amalan Jurus serta zikir-zikir yang berkaitan, dalam KEM SANGGAR BUANA TAHAP GURU 2024.
Segala rahsia inti ilmu hulubalang didedahkan kepada anda. Segala kelebihan sebagai guru akan diisikan kepada anda. Anda boleh mencipta jurus dan memiliki kekuatan yang tinggi. Untuk mencederakan musuh hanya dengan niat sahaja. Lawan akan tunduk dan tumbang. Anda dibenarkan untuk membuka perguruan sendiri dan membuat pengisian bagi ilmu ini.
KEM SANGGAR ALAM TAHAP GURU akan diadakan pada :
TARIKH 28-29 DISEMBER 2024
LOKASI : HUDA'S HAVEN, RASA, SELANGOR
MAHAR ASAL : RM 2900
MAHAR (EARLY BIRD) SEHINGGA 13/12/2024 : RM 2000 SHJ
MAHAR TERMASUK:
- PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAAM
- MAKAN DAN MINUM
- PENGIJAZAHAN DAN SIJIL TAHAP GURU
- BAJU T-SHIRT
Pengamal diingatkan untuk tidak menggunakan ilmu ini bagi tujuan yang tidak baik seperti mencelakai orang lain, melakukan kezaliman, atau menunjukkan kehebatan diri semata-mata. Sebelum mengamalkan ilmu ini, seseorang perlu membersihkan dirinya daripada sifat-sifat negatif seperti hasad dengki, takbur, dan dendam. Walaupun ilmu ini boleh memberi kelebihan luar biasa, pengamal tidak boleh meletakkan keyakinan kepada kekuatan itu tetapi sentiasa mengingat bahawa segala sesuatu datangnya dari Allah.
Ilmu SANGGAR ALAM tidak boleh dipelajari secara sembarangan. Ia memerlukan bimbingan seorang guru yang betul-betul memahami ilmu ini dan mempunyai niat yang ikhlas dalam menyebarkannya.
BAYARAN DEPOSIT RM 600 UNTUK BOOKING TEMPAT.
JOM DAFTAR SEKARANG!
TERHAD 20 ORANG SHJ